Sunday, 20 April 2014

Bermula Dengan Bitcoin

 

Getting Started with Bitcoin. Post sebelum ini pasal Cryptocurrency - Bitcoin

Kandungan:

 

Istilah-istilah

Address -- Alamat wallet kau supaya orang boleh bayar kau guna bitcoin. Sorang boleh ada banyak Address. Label supaya senang tahu apa fungsi setiap Address.

Wallet -- Tempat dimana kau simpan duit BTC kau. Boleh ada banyak Address dalam satu wallet.

Bitcoin/BTC -- Matawang digital

Mine -- Macam gali emas gak la. Tapi gali BTC guna computer process.

Block -- Setiap transaksi yang dibuat perlulah di confirm kan kewujudan dia. So, ia akan dimasukkan dalam satu block sehingga ia diconfirmkan oleh para miners.

Blockchain -- Public record untuk semua transaksi BTC seluruh dunia. Digunakan untuk verify setiap transaksi yang dilakukan dalam network. Yep, boleh tengok mana duit pergi dan datang.

Double spend -- Penggunaan BTC yang sama secara serentak dalam dua transaksi berlainan. This is bad. Blockchain boleh reject benda ni.

Private key -- Ia macam ATM PIN no. Ia juga macam kunci kepada wallet kau. Sekali kena curi, maka habislah.

 

Persediaan Melompat Bandwagon

Sebelum kau lompat bandwagon, ada beberapa info yang kau perlu tahu pasal Bitcoin. "Man cannot discover new oceans unless he has the courage to lose sight of the shore." ― AndrĂ© Gide

Keselamatan Wallet

  • Keselamatan dalam penggunaan Bitcoin adalah satu benda penting untuk tidak cuai dalam apa jua keadaan sekali pun. Kita bercakap pasal benda yang "berharga" ni, so serius la sikit. Macam nak jaga dompet kita dalam poket gak, kalau cuai, itu tanggungjawab sendiri. Bitcoin menggunakan Wallet virtual, jadi penjagaan nya tak sama macam kau jaga dompet kau dalam poket. Ada beberapa good practice yang boleh diikut untuk jaga Wallet virtual ni. Boleh baca kat bawah.

Harga Bitcoin Berubah Ubah

  • Nak invest banyak banyak dalam Btc is really not a good idea buat masa sekarang sebab harga nya sekarang tak tentu disebabkan ekonomi yang pra-pra-matang. Btc jugak boleh dilihat sebagai asset yang berisiko tinggi dan kalau nak take the risk, just dump your money into Btc la. More on Bitcoin Market Chart.

Pembayaran Bitcoin Tak Boleh Di Reverse

  • Sekali kau silap hantar duit kat orang (silap address), maka sampai bila bila kau takkan dapat duit tu balik. Kecuali orang tu nak bagi balik lah, which is very impossible sebab kau pun tak kenal orang tu dan info yang ada hanya lah Address. Satu cara nak elakkan benda ni berlaku ialah me-label kan setiap address member or business partner etc supaya tak salah.

Bitcoin Masih Baby

  • Bitcoin masih dalam peringkat Experimental tapi sedang aktif dibangunkan oleh penduduk bumi. Ia adalah invention yang baru, maka masa depan Bitcoin tak terjamin. So, cari la masalah dalam teknologi ni supaya kita dapat mengukuhkan lagi invention pakcik Satoshi ni.

Kerajaan and stuff

 

  • Setakat ni Bitcoin belum jadi matawang rasmi untuk sesebuah negara, bukan dalam Malaysia. Dengan itu, apa apa undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan penggunaan Bitcoin untuk negara tu haruslah dipatuhi. Also, Bank Negara Malaysia Statement on Bitcoin.

 

> USING BITCOIN

 

Creating a wallet:

Ada beberapa cara untuk buat Wallet. Tapi aku nak guide cara untuk buat Wallet menggunakan Multibit Windows client dan Blockhain.info Web client.

MultiBit Windows Client

 

Blockchain.info Web Client

 

Mobile Client

 

Getting Some BTC

Sekarang kau dah ada Wallet dan Address untuk guna bitcoin. Sekarang mana mau dapat Btc? Dibawah adalah cara cara nya. Basically, ada beberapa service yang jual Bitcoin. Aku hanya akan guide cemana nak beli bitcoin guna Bitcoin Scratch Card (BSC). Yang lain tu cara nya macam beli barang online biasa je. Tinggal nak trust ke tak je.

Bitcoin Scratch Card (BSC)

Bitcoin Scratch Card

 

  1. Daftar satu account dekat Belibitcoin
  2. Pergi Buy BSC untuk beli Scratch Card. Not sure kalau ada kedai topup yang jual card ni, tapi kalau nak aku ada jual Lol pls add me on Wechat @aiaiaiman we can talk about this lol.
  3. Card yang available bergantung kepada nilai MYR iaitu RM 10, RM 50, RM 100, RM 500 dan RM 1000.
  4. Dah dapat BSC in your mailbox, masa untuk redeem card tersebut. Pergi ke Belibitcoin
  5. Masukkan nilai card yang dibeli, dan masukkan code.
  6. Masukkan Wallet Address untuk terima btc yang akan di-redeem.
  7. Tekan Confirm
  8. Pergi ke Blockchain untuk tengok transaksi Btc anda. https://blockchain.info/address/<your-address-here>
  9. Tunggu sehingga transaksi Confirmed
  10. ???
  11. You've just earned your first BTC!
  12. PROTIP ON HOW BSC WORKS

    • Keep in mind, trader di belibitcoin.com boleh tukar rate mereka ikut rate Bitcoin globally (disebabkan volatility value Bitcoin).
    • Jadi, sebelum redeem, make sure market rate Bitcoin adalah tinggi daripada rate yang ditetapkan oleh trader di belibitcoin.com, just nak dapat harga murah lah lol.
    • Observe market rate here http://bitcoinity.org/markets

Localbitcoins

  • Kalau kau tinggal kat Malaysia, sila pergi ke Localbitcoins untuk tengok senarai trader yang menjual Bitcoin
  • Aku tak pernah guna servis ni, jadi ikut sukati kau la nak beli cemana. Basically sama je cara dia. Cari rate murah, then transfer duit guna bank yang diterima.

Automated Vending Machine (AVM)

 

  • Bitcoin pun ada ATM machine kayyy. Kat Malaysia ada dua, satu kat Bangsar Shopping Centre dan satu dekat Penang Gurney Plaza.
  • Aku taktau apa status AVM ni kat sana, sebab aku dengar macam ada benda buruk berlaku. Idk lol.
  • Apa apa pun, ATM adalah cara paling mudah nak dapatkan BTC. Masuk duit, scan QR code, walk away. It's that easy!

 

Spending BTC

Dah kaya mesti kena belanja. Nak tengok tempat apa yang currently accepting Bitcoin tengok kat link bawah

Cara untuk melakukan transaksi amat mudah. Kalau guna mobile (dengan Bitcoin Wallet installed), cuma Scan QR code untuk transfer BTC dari wallet kau ke wallet orang tu. Kalau guna desktop, guna any client such as Multibit untuk transfer BTC.

 

Securing Your Wallet

"Ingat 5 perkara, sebelum datang 5 perkara" -- Rasulullah SAW mengingatkan umatnya untuk tidak membazir dalam 5 peluang yang patut mereka bersungguh-sungguh merebutnya sebelum datang 5 perkara yang boleh menyebabkan mereka menyesal. Salah satu daripadanya ialah "Kaya sebelum miskin" hehe. Jadi, dalam perkara ni kita kena lah jaga Wallet kita supaya tak ditimpa perkara tak diingini.

Encrypt your wallet

  • Sebelum apa apa, sila encrypt wallet tak kira dimana ia disimpan supaya takde orang boleh guna BTC kau sesuka hati.
  • Buruknya kalau kau lupa password wallet tu, kau takleh nak recover balik. Jadi hati-hati kay.

Backup your wallet

  • Print your wallet. Read more about printing your wallet on paper.
  • Backup dalam thumb drive or other hard storage. So that kalau komputer kau crash, kau ada backup tempat lain.
  • Cloud storage. Tak disarankan unless kau own satu cloud server dimana takde pihak ketiga yang jaga server tu. Tapi, good solution jugak.

 

> ACCEPTING BITCOIN

Kalau kau ada jual produk ke owner restaurant ke kedai mamak, dan berminat untuk implement Bitcoin ecosystem dalam perusahaan kau, section ni bagus untuk kau. Disebabkan aku takde pengalaman dalam buat benda ni (aku bukan malas), jadi aku kasi link je lah untuk kau study.

How to accept Bitcoin, for small businesses

Merchant howto

Bitcoin for Merchants

How to accept bitcoin blog

Blockchain Merchant Android App

 

> KEEPING UP-TO-DATE

Seperti yang dah diberitahu awal tadi, Bitcoin adalah invention yang baru nak up dan berada di dalam experimental stage. Jadi, penting untuk kita update pasal berita Bitcoin supaya tak ketinggalan especially dalam economic side dia.

Source code: https://github.com/bitcoin/bitcoin

Reddit: http://www.reddit.com/r/bitcoin

Coindesk Blog: http://www.coindesk.com/

Youtube Video Playlist: Playlist

IRC: #Bitcoin channel on Freenode Server

 

> SHARIA COMPLIANT?

Sila baca blog post ni sangat informatif: Daily Anarchist

 


SOURCE

  • http://siliconangle.com/blog/2013/04/04/getting-started-with-bitcoin-an-idiots-guide-to-dealing-in-btc/

  • https://bitcoin.org/en/vocabulary

  • http://bitcoin.org/en/you-need-to-know

  • http://bitcoinity.org/markets

  • https://bitcoin.org/en/choose-your-wallet

  • https://www.weusecoins.com/en/getting-started

  • https://github.com/aimanbaharum/scribble/blob/master/Ethereum.md