Cryptocurrency - Bitcoin

First posted on 08/02/2014

Apa itu Bitcoin?

Macam biasalah, soalan pertama untuk siri FAQ kita ni memang suka sangat start dengan 'apa'. Bitcoin adalah sejenis mata uang virtual yang hanya wujud dalam dunia bits dan bytes. Tak percaya, pergi belajar pasal binary digits. Yep, ia adalah sejenis mata wang yang terhasil daripada pertembungan komputer sains dan ekonomiks.

Mari kita lihat lebih dalam lagi apa itu erti Bitcoin. Menurut website rasmi nya,

Bitcoin uses peer-to-peer technology to operate with no central authority or banks; managing transactions and the issuing of bitcoins is carried out collectively by the network.

Dalam bahasa havoc pulak macam aku cakap tadi lah, ia sejenis mata wang virtual yang beroperasi secara sumber terbuka. Maksudnya disitu, semua orang boleh nikmati mata wang ni tak kira kaya atau miskin dan ia tidak dikawal oleh mana mana bank atau orang pun. Orang computer science panggil benda ni decentralized model, di mana ia beroperasi tanpa ada center.

Orang yang bajet rebellious patut tahu pasal kewujudan mata uang ni (terutamanya penduduk Malaysia) sebab MUH ANTI-ESTABLISHMENT CURRENCYISM! Or in other words "the government should respect muh monay!" lol.

Tapi sebenarnya Bitcoin ni bukanlah satu nama umum. Disebabkan dia paling famous (dan overrated) di kalangan nerds, geeks dan libertarian maka Bitcoin jugak jadi tajuk post ni. Ada banyak lagi adik beradik dia yang wujud sezaman dengan dia ni. Aku explain lepas ni. Nama umum benda ni ialah cryptocurrency.

Apa itu cryptocurrency?

Cryptography + currency. Basically, Mata wang mesti lah kena secure. Even duit kertas 1 MYR tu pun ada barcode yang bersinar demi keselamatan agar tak di cetak palsu. Currency internet pulak ada cryptography. Well, mata wang sebenar pun ada juga guna cryptography dalam transaction yang di laksanakan, tapi virtual currency guna encryption secara menyeluruh (nak jugak menang).

Anyway, macam mana nak dapat Bitcoin?

Ada beberapa cara yang manusia boleh buat untuk menjana Bitcoin sendiri:

  1. Mining
    Dengan me-mining Bitcoin, anda seolah olah menjadi seorang slave dalam sebuah gua untuk menggali emas. Perkataan "mining" disini bukanlah bermaksud perlombongan, tapi satu proses di mana miners menggunakan tenaga komputer dia untuk menjana Bitcoin. Tenaga komputer yang digunakan hanyalah graphic card. Sebab apa guna GPU bukan CPU, sebab apa entah aku pun tak ingat.

    So siapa yang ada GPU power, maka dia la yang kaya raya. Macam aku ada laptop yang ber-GPU kan Nvidia Geforce 2GB je. So, proses mining tu agak slow la.

    Mereka mereka yang kaya tu boleh la setup mining rig. Mining rig ni system khas untuk mining bitcoin je. Ada satu alat ni boleh mine beribu GigaHash (GHash; unit kiraan kelajuan mining) nama dia ASIC. Satu ASIC paling bodoh pun boleh sampai 10 GH/s. Kira okay lah daripada laptop aku ni, MHash je.

    So anyway, kalau nak guna ASIC ni jangan la guna satu je. Mana cukup. Ada orang setup sekali belambak. Jadi mining power dia tahap dewa la. Maka bil elektrik pun meningkat. Maka nya global warming pun makin warm la kan. Irony di situ.

    Kalau tak cukup duit nak setup mining rig, boleh guna servis cloud mining di mana kau hanya perlu bayar untuk servis mining je. Macam beli server la. Server tu bukan kau punya. Tapi kita guna servis dia iaitu menyewa space. Jimat pun jimat.

    Kat Malaysia yang aku tahu jual custom mining rig ni kat CoinsMalaysia. Mahal gila babeng sial.

    Ni adalah cara paling cepat nak dapat Bitcoin. Untuk masa sekarang mungkin dah susah la kot sebab dah ramai yang mining, maka difficulty level pun tinggi. Hanya sikit je chance untuk BTC yang di mine tu valid ke wallet kau. Baca selebihnya pasal mining bitcoin ni kat tempat lain. Sebab aku pun kurang faham pasal konsep "solving complex mathematical problem". Dah macam nak create black hole dah.

  2. Beli/Jual dengan matawang fiat

    Yep you can actually buy Bitcoin dengan matawang fiat. Ada dua servis dekat Malaysia setakat ni yang terima Bitcoin exchange, Nook dan Ked.ai. Boleh tengok kat sini kalau ada yang bertambah lagi ke Coinmap

    Selain tu, Localbitcoins menawarkan servis jual beli Bitcoin. Mahal doh.

    Atau kau boleh exchange Bitcoin dengan USD dengan global Bitcoin exchange (MtGox, Bitstamp etc). Refer kepada link ni untuk maklumat lanjut Howdoyoubitcoins.

    Pada masa hadapan, ATM Bitcoin pun akan jadi mainstream. So boleh la convert terus dari situ. Company Lamassu adalah pencipta ATM Bitcoin: https://lamassu.is/. Lagi berita pasal Bitcoin ATM, Singapore to get its first Bitcoin ATM machine. Sebelum ni Canada dah install sebijik kat negara dia. Sebab bank negara dah terlalu mainstream, yo.

  3. Curi

    Curi wallet orang lol.

  4. Paid-to-Click service

    Anda boleh cuba BTCClicks dan MyBCoin untuk servis PTC. Tapi proses ni lambat. Kena ada referrals bagai kalau nak cepat kaya. Kira macam MLM gak ah. No offense, bro.

  5. Faucet

    Letak wallet address, tekan submit, ???, PROFIT!

  6. Roll the dice

    Sama macam faucet tapi Bitcoin kau makin kurang sebab main judi tak kena ong. Berdosa though.

  7. Pledge

    Pergi ke forum yang bincang pasal Bitcoin, macam Reddit or 4chan or Lowyat, pastu pledge macam peminta sedekah tepi jalan mintak simpati supaya orang kasi duit.

Dah tahu macam mana nak dapat cryptocurrency? Yes, duduk depan komputer je dah dapat duit. Takyah nak lepak mamak jumpa prospek macam MLM kat luar sana. Lels.

Apa itu wallet address?

Aku ada mention kat atas sana pasal wallet address. Sekarang, address ni adalah wallet kau. Yep, a digital wallet yo. Kau boleh ada banyak wallet dalam satu masa. Wallet ni berbentuk String yang telah di encrypt kan dalam bentuk hash yang manusia normal takkan boleh decode apa maksud String wallet tu. Contoh nya 18QyqcFy8kU3pRYRRDvkkrRxMUnYN9eHqJ <-- wallet address aku, please donate.

So dengan wallet address ni kau boleh lah berjual beli dalam internet. Nak beli barang, derma kat orang apa semua, guna benda ni. Just copy paste address tu dan kasi kat orang. Kau akan dapat BTC instantly. Kat US boleh beli pizza dengan bitcoin. The moar you know.

Dengan wallet address jugak, kau boleh track mana duit kau datang and pergi. Contohnya mamat A belanja minah B minum dalam sebuah restoran. Mamat A flash QR code yang mengandungi address dia ke cashier kedai tu. So, instantly dia dah bayar dengan BTC. Bila dia nak trace balik kat siapa BTC tu pergi, dia boleh buat demikian dengan pergi ke website Blockchain dan search wallet address dia tadi. Maka jumpa la senarai transaction yang lepas. Tapi kat situ tak boleh tahu siapa yang lakukan transaction sebab info yang ada hanyalah address String yang tak boleh faham. Unless kita ada nama kan each address tu dari siapa.

So, konsep ni kalau digunakan dalam fiat currency, dah tentu korupsi takkan berlaku sebab kita semua boleh tahu mana duit cincin RM 1 billion tu pergi Lol.

Masa untuk sejarah!

Sedikit sejarah pasal Bitcoin. Masa memula Bitcoin diperkenalkan adalah pada tahun 2008 bila Satoshi Nakamoto (bukan nama sebenar) publish sehelai paper bertajuk Bitcoin: A Peer-to-Peer Electronic Cash System yang cerita pasal konsep digital currency. Masa tahun 2009 baru nak up sikit sebab pakcik Satoshi ni melancarkan first software yang dapat generate Bitcoin, yang dinamakan Bitcoin-Qt. Maka terlahir lah digital currency.

Bitcoin ni dulu dulu digunakan untuk jual beli dadah dalam internet black market. Disebabkan konsepnya terlalu mudah dan simple, maka transaction beli dadah senang lah. Salah satu black marketplace yang dah pun ditutup ialah Silk Road, terletak di jalan Loke Yew. Hehe gurau. It is some deep web shit.

Alternative kepada Bitcoin?

Macam aku cakap tadi, Bitcoin ada adik beradik. Ramai sangat sampai yang kecik kecik tu dilupakan. Disebabkan sistem cryptocurrency ni open source, maka ramai la developer fork project ni dan buat currency diorang sendiri. Antara contoh yang popular ialah Litecoin, Dogecoin, Mastercoin etc. Masing masing ada penjual pembeli nya sendiri.

Aku main dua je setakat ni, Bitcoin dengan Dogecoin. Dogecoin sebab kelakar lol. Bitcoin sebab aku hipster as fuck. Untuk senarai alt-coin yang ada sekarang, boleh rujuk kat sini List of Alt-Coins

Untuk nak tahu market kesemua crypto-currency yang wujud atas bumi ni, rujuk kat sini. Currently Bitcoin masih duduk tempat paling atas, sebab dia bad ass shit.

Btw, ada jugak alt-coin yang dinamakan sempena nama selebriti yakni Coinye West. Haha. Coin ni paling power sebab baru je announce dah kena tutup sebab Kanye West nak file saman kat developer coin tu. Kecut buah gonad dia. Antara Kanye tak nampak masa depan cryptocurrency atau dia memang gay fish. Pick two.

Nak beli barang guna Bitcoin boleh?

Boleh je. Cari la online marketplace yang terima Bitcoin. Contoh kat Malaysia ialah Ked.ai semestinya. Kau boleh tengok kat sini Bitpay Directory untuk tempat yang currently accept bitcoin. Yes, "fake" money buys real thing. Bitcoin is the shit, bro.

Ekonomi Bitcoin

tl;dr (sebab aku dah malas tulis)

1 BTC is equal to (roughly)

Q2 2012 - Q1 2013
USD 5 - USD 200

Q1 2013 - Q4 2013
USD 200 - USD 1100

Mad?

More graphs and shit:
https://coinbase.com/charts
http://bitcoinity.org/markets

Buy Price as of the time of writing: USD 733.53 due to MtGox withdrawal delays.

Links & Resources:

Sub-reddit: http://www.reddit.com/r/Bitcoin/

IRC:
https://en.bitcoin.it/wiki/IRC_channels
irc://irc.freenode.net/bitcoin

Marketshare:
http://bitcoinity.org/markets
http://coinmarketcap.com/

News & PR:
http://www.ecommercemilo.com/2014/02/bitcoin-in-malaysia-where-are-we-now.html#.UvOyG4VWrNK
http://bitcoinmalaysia.com/2014/01/16/arsyan-ismail-ceo-of-1337-tech-and-ked-ai-supports-bitcoin/
http://www.lowyat.net/2013/11/feature-banking-on-bitcoin-what-you-need-to-know/#comments

Moar reads:
http://en.wikipedia.org/wiki/Bitcoin
https://blockchain.info/wallet/bitcoin-faq
https://en.bitcoin.it/wiki/Listofalternative_cryptocurrencies
https://bitpay.com/directory#
http://bitcoinmalaysia.com/2014/01/16/arsyan-ismail-ceo-of-1337-tech-and-ked-ai-supports-bitcoin/

Videos:
What is Bitcoin?: http://www.youtube.com/watch?v=Um63OQz3bjo
How Bitcoin Works Under the Hood: http://www.youtube.com/watch?v=Lx9zgZCMqXE

Aiman Baharum

More about this blog https://github.com/aimanbaharum/random-wiki/wiki

Kuala Lumpur, Malaysia http://www.aimanbaharum.com

Subscribe to Knowledge Log

Get the latest posts delivered right to your inbox.

or subscribe via RSS with Feedly!