[Appendix I] Terminology

  1. Modern Blockchain
  2. Ethereum
  3. Peercoin
  4. Namecoin
  5. New Economy Movement
  6. Ripple
  7. [Appendix I] Terminology
  8. [Appendix II] Consensus algorithm

Terminology

Antara istilah istilah common yang ada dalam dunia cryptocurrency:

Full node

Bitcoin full node boleh diubahsuai bagi membolehkan kadar transaksi yang lebih tinggi daripada apa yang tersedia ada sekarang. Bitcoin juga direka untuk menyokong lightweight client yang mampu memproses sebahagian kecil daripada Blockchain. Full node di sini bermaksud nodes (komputer yang bersambung kepada network Bitcoin) yang mematuhi semua rules dalam Bitcoin.

Antara rules tersebut adalah:

  1. Setiap block hanya boleh membuat 25 BTC per block (current implementation)
  2. Setiap transaksi haruslah disahkan oleh signature yang valid untuk Bitconi yang telah dibelajakan.
  3. Block/transaksi haruslah dalam format yang betul.
  4. Dalam satu Blockchain, output transaksi tak boleh di double-spent.

Kenapa nak run full node?

Sebab bila kau run full node, kau telah menggunakan Bitcoin dengan sesucinya; orang kata trustless. Full node tahu yang ia mematuhi setiap rules Bitcoin.

Macam mana nak run full node?

Guna lah wallet yang disediakan oleh Bitcoin Core atau bitcoind.

Kalau tak run full node apa jadi?

Chain akan dipisahkan antara full node dan lightweight node, which akan affect economy Bitcoin sekaligus membuatkan transaksi antara chain chain ini tidak berjaya. Tapi kalau full node masih berkuasa dalam network, maka lightweight chain akan sentiasa berada di belakangnya, no matter what happen. Kalau lightweight client yang berkuasa maka habis lah transaksi yang telah terjalin dalam full node chain tersebut · dalam erti kata lain, duit yang dah dibelanjakan sebelum ni akan hilang. So ia ikut majoriti, siapa paling banyak.

Genesis block

Block paling pertama dalam sesebuah Blockchain. Kenapa ia penting untuk aku mention kat sini? Sebab tanpa genesis block ni, maka percambahan blockchain takkan berlaku. Sebab faham faham lah kan, setiap block perlukan parent block untuk wujud. Jadi genesis block ni kira bapak segala block lah. Blockchain yang telah di fork pun boleh ada multiple genesis block, sebab chain yang forked tu, block pertama ialah genesis dia.

Block

Istilah ini merujuk kepada data transaksi yang direkodkan ke dalam Blockchain. Untuk masa ni, size sebuah block di had kan sebesar 1MB sahaja. YSK yang ada banyak proposal untuk increase kan size ni.

Uncles

A child of a parent of a parent of a block that is not the parent, or more generally a child of an ancestor that is not an ancestor. If A is an uncle of B, B is a nephew of A. -- Ethereum wiki

Merujuk kepada konteks block, Uncles ialah satu block yang tidak sah tapi tetap termasuk ke dalam Blockchain atas sebab sekuriti. Istilah ni banyak digunakan dalam Ethereum Blockchain.

Merkle tree

Start dari genesis block sampai lah ke block yang sekarang ni, kalau kita lukis track of the hashes akan terhasil lah sebuah pokok yang dinamakan the Merkle tree. Dedaun nya adalah sebuah block.

Consensus

"When several nodes (usually most nodes on the network) all have the same blocks in their locally-validated best block chain", kata website rasmi Bitcoin.org.

So kira dalam blockchain, consensus ni macam mesyuarat atau kata nama yang lebih suci, musyawarah permuafakatan antara nodes lol. Well, basically purpose kena ada consensus ni adalah untuk nak validate sesebuah transaction tu dia valid ke tak oleh para miners di luar sana. Ada beberapa jenis consensus algorithm yang wujud dalam dunia cryptocurrency ni macam Proof of Work (PoW) dan Proof of Stake (PoS). PoW guna hardware untuk validate transaction, di mana PoS pula menggunakan asset pegangan seseorang coin holder.

Turing complete

Not to be confused dengan Turing test, Turing complete adalah istilah yang digunapakai oleh computer scientist untuk merujuk kepada sesuatu programming language atau sebuah sistem yang boleh menyelesaikan masalah yang Turing machine boleh selesaikan. Turing machine tu apa pulak? Ia adalah sebuah imaginary machine yang mampu melakukan sebuah proses jika di berikan satu set peraturan yang lengkap. Dalam cryptocurrency world, Ethereum claim ada programming language nya yang sendiri untuk jalan kan sebuah contract. Ia dipanggil Solidity; di mana programmer boleh set kan peraturan untuk jalan kan sebuah contract antara banyak pihak.

Decentralize

Kata lawan untuk centralize. Secara nature nya, cryptocurrency berjalan dalam decentralize manner, di mana ia tidak dipegang oleh mana mana institusi kewangan atau entiti.

Double spending

Bila kau spend multiple transaction dalam satu masa.

Mining/Harvesting

Istilah mining di gunakan oleh kebanyakan cryptocurrency, harvesting setakat ni digunapakai oleh NEM. Dua dua istilah ni merujuk kepada maksud yang sama iaitu proses generate coin yang baru dalam sebuah crypto economy. Ia juga melibatkan consensus yang aku dah bincangkan tadi.

Pools

Dalam konteks mining, miners tergolong dalam sebuah pool apabila mereka join mining power mereka untuk solve sebuah block. Kira group of miners la ni. Bila kau masuk dalam mining pool, reward yang kau dapat akan di splitkan secara saksama.

ASIC/GPU/CPU

ASIC adalah short form kepada application-specific integrated circuit. Di mana ia merujuk kepada satu hardware yang hanya buat satu benda je. Dalam hal ni, mining. Ia lebih murah dan senang untuk setup berbanding miners yang pakai graphic card atau CPU yang tip top.

Hash value

Dalam computing world, hash adalah sebuah value yang di generate berdasarkan input yang diberi. Ia biasa nya di tulis dalam bentuk hexadecimal. Contoh nya kalau kau letak input "Hello", hash nya mungkin 24ca3ea686d. Tapi bila kau tukar "hello" (h huruf kecil), hash nya akan completely berubah kepada b3278ecc57, which is tak sama langsung dengan output asal. Jadi ia penting dalam Blockchain sebab dengan hashing function ni, kita boleh ada satu feature yang tak boleh di edit. Contoh sebuah hash ialah Bitcoin wallet address kau.

Fork

Garfu lol. Bila kita sebut pasal fork, ia sebenarnya sebuah proses penyalinan (copy) of something. Aku selalu sebut pasal Blockchain fork, kira dia salin balik Blockchain history tu untuk buat Blockchain baru lah. Ia sebuah proses yang memakan masa juga sebab miners perlukan consensus rule untuk fully fork sebuah Blockchain. Miners boleh fork bila dia update software mining dia yang ada built in instruction untuk forking.

Halving

Merujuk kepada penurunan nilai reward untuk miners. Penurunan ini adalah sebanyak 50% daripada reward sebelum nya. Dalam Bitcoin, halving berlaku setiap 4 tahun atau 210,000 blocks yang telah di confirmed. Ia diprogramkan oleh pak cik Satoshi masa awal awal pembikinan Bitcoin atas sebab limited supply of Bitcoin, sebab dia tahu ramai miners akan mine Bitcoin bila reward tinggi tapi bila reward makin berkurang dan supply Bitcoin makin menaik, demand untuk beli Bitcoin juga akan melonjak naik.

Sidechain

Sebuah mechanism yang membolehkan sebuah chain lain berjalan selari dengan chain induk nya (Mainchain). Ia bagi membolehkan transaksi dipindahkan antara dua dua chain. Sebagai contoh, ia berguna untuk membina sebuah network yang private tapi masih menggunakan Blockchain yang sama. Lagi satu, developer dapat membuat eksperimen tanpa ada risiko.

Multisig address

Atau nama panjang dia Multisignature merujuk kepada keperluan sesuatu transaksi di validate kan oleh lebih dari satu key. Ini bertujuan untuk menguatkan lagi sekuriti dengan memerlukan lebih ramai orang untuk approve sebuah transaction. Standard transaksi dilakukan dengan single key je. Contoh mudah adalah bila wife kau ada akses pada wallet kau dan key dia sendiri. Bila dia nak belanja sesuatu, dia memerlukan key kau juga untuk mengeluarkan BTC tersebut.

Aiman Baharum

More about this blog https://github.com/aimanbaharum/random-wiki/wiki

Kuala Lumpur, Malaysia http://www.aimanbaharum.com

Subscribe to Knowledge Log

Get the latest posts delivered right to your inbox.

or subscribe via RSS with Feedly!