[Appendix II] Consensus Algorithm

Dalam siri Memahami Blockchain ni, nak jugak aku baca baca sikit pasal apa yang dipanggil "consensus". Benda ni amat penting dalam teknologi Blockchain. Kalau takde benda ni, maka mekanisme decentralization takkan wujud.


Kandungan

  1. Modern Blockchain
  2. Ethereum
  3. Peercoin
  4. Namecoin
  5. New Economy Movement
  6. Ripple
  7. [Appendix I] Terminology
  8. [Appendix II] Consensus algorithm

Apa itu consensus?

con · sen · sus
kənˈsensəs
noun

general agreement.
"a consensus of opinion among judges"
synonyms: agreement, harmony, concurrence, accord, unity, unanimity, solidarity;

Proof of Work

Proof of work (PoS) atau kata melayu nya, bukti kerja, merupakan satu protokol yang harus dilakukan oleh miners untuk menghasilkan bitcoin baru. Kerja ini mestilah susah dilakukan oleh client dan senang disahkan oleh network. Sebagai contoh, satu email sistem yang menerapkan proof of work perlu menjalankan beberapa proses hashing sebelum email tersebut di hantar. Kebaikan menggunakan sistem ini adalah untuk menghalang sebarang spam, especially dalam Blockchain network. Fikirkan ia sebagai satu agreement di antara peers dalam network sebelum satu block disahkan.

Dengan PoW, kemungkinan satu block yang telah di-mine bergantung kepada kerja yang telah dibuat oleh miner, eg. hashes yang telah dilihat sebagai valid dikerjakan oleh CPU, GPU, FPGA atau ASIC (hardware).

Kebarangkalian untuk mendapat 51% attack adalah tinggi dengan PoW. Kenapa? Pasal dengan hardware yang power, miner dapat memegang lebih dari separuh kapasiti hashing dalam network dalam masa yang singkat.

Jadi, apakah kerja yang aku asyik duduk cerita dari tadi?

Well, kerja yang aku maksudkan tu adalah cryptographic calculation based on the difficulties di dalam sesebuah Blockchain system.

Implementation

  • Bitcoin
  • Ethereum (current version)

Proof of Stake

Proof of Stake (PoS) pula merupakan satu alternatif lain bagi PoW di dalam mekanisme block generation Blockchain. Banyak problem yang telah diteorikan bila menggunakan PoW, membuatkan PoS ini dicipta untuk kesenangan pengguna Blockchain. Seperti yang telah diterangkan di dalam PoW di atas, block di dalam PoS akan dipisahkan bergantung kepada kekayaan seseorang (eg. stake as in stakeholder). Jadi seseorang yang memegang 1% daripada bitcoin yang wujud mampu "mine" 1% daripada Proof of Stake block. Dalam kes ini, PoS tidak memerlukan sebarang hardware canggih untuk di mine, dengan itu mampu mengurangkan cost penggunaan tenaga elektrik.

51% attack juga dapat dihindarkan sebab dengan Proof of Stake, individu yang nak pegang lebih dari separuh hashing capacity perlu memegang lebih daripada 50% coins yang wujud di dalam sesebuah network.

Implementation

Proof of Importance

Proof of Importance (PoI) merupakan algorithm yang diterapkan dalam New Economy Movement (NEM) blockchain. Algorithm ini lah yang membezakan NEM dengan teknologi crypto yang lain. PoI ni nak kata serupa dengan PoS pun boleh juga, pasal ia melibatkan pegangan coins seseorang itu di dalam network. Tapi apa yang membuatkan ia berbeza adalah cara ia membina sebuah block di dalam blockchain. PoI akan mengambil kira total amount yang user ada didalam wallet dan aktiviti dia di dalam network tersebut. Aktiviti yang aku maksudkan tu adalah transaksi yang dilakukan antara users (XEM dalam hal ini), dan kepada siapa di hantar duit tu.

Ini memberi maksud siapa yang aktif dalam network untuk membantu ekonomi dan seterusnya dianugerahkan dengan ganjaran yang lumayan. Dengan PoI, miners tidak lagi memerlukan hardware power untuk memulakan proses mining, sama konsep dengan PoS, tapi wealth distribution akan menjadi lebih adil jika menggunakan PoI.

More algorithm

Ada banyak lagi algorithm yang wujud selepas Proof of Work. Ini menggambarkan betapa pentingnya peranan komuniti sumber terbuka di dalam membantu teknologi Blockchain ini terus maju kehadapan. Masalah masalah yang dihadapi oleh sesebuah algorithm dapat diselesaikan dengan ada nya algorithm alternatif bagi membuka peluang komuniti mengeksperimentasi dan menambahbaik sistem yang sedia ada.

Boleh baca di sini jika ingin tahu lebih lanjut tentang alternatif consensus algorithm.

Resources

  1. http://ethereum.stackexchange.com/questions/118/whats-the-difference-between-proof-of-stake-and-proof-of-work
  2. http://arxiv.org/pdf/1406.5694v8.pdf
  3. http://cointelegraph.com/news/the-inevitable-failure-of-proof-of-stake-blockchains-and-why-a-new-algorithm-is-needed
  4. https://github.com/ethereum/wiki/wiki/Proof-of-Stake-FAQ
  5. http://bitcoin.stackexchange.com/questions/9082/what-is-proof-of-stake
  6. https://docs.google.com/presentation/d/1LpqtiZLdBb5DsAS0xgCDsrvbGLhuhVkVUjUhuJGfYGg/edit?usp=sharing
  7. https://blog.nem.io/what-are-poi-and-vesting/

Aiman Baharum

More about this blog https://github.com/aimanbaharum/random-wiki/wiki

Kuala Lumpur, Malaysia http://www.aimanbaharum.com

Subscribe to Knowledge Log

Get the latest posts delivered right to your inbox.

or subscribe via RSS with Feedly!