Zombijaya

First posted on 25/11/2011

Aku baru saja habis baca buku horror fiksyen Zombijaya. Aku rasa ramai dah tahu pasal pengeluar buku ni, FIXI. Obefiend banyak buat review pasal buku buku keluaran dia. FIXI bukan orang, tapi pengeluar. First visited FIXI's website, terjumpa novel ni dalam homepage dia. So, sebagai 80% peminat fictional character zombie, aku rasa macam berminat untuk beli dan baca. Dalam Bahasa pulak tu. Nak jugak try ek.

Okay dah merapik. Di sini aku nak review sikit pasal buku Zombijaya ni. Aku bukanlah seorang reviewer nor book reader yang tegar. Maybe review ni sedikit sebanyak dapat meningatkan aku tentang jalan cerita dia seperti yang aku tahu, aku ni seorang yang pelupa. Since ini first book review aku, expect some errors in terms or manners used. Alert juga, aku suka buat spoiler.

So basically, cerita ni berlaku di Malaysia (mainly di Bandar Sunway, highway, dan Putrajaya) di mana ada beberapa orang rakan taulan (tengok aku dah lupa) sedang menikmati malam tahun baru. Yang aku ingat dalam ramai ramai tu ada dua couples, sorang tu dia kurus dan rambut afro. Mereka ni juga kuat bersosial sampaikan ada yang main dengan pasangan lain dalam kereta lol. Zombi outbreak dalam cerita ni bermula bila seorang daripada group ni kena gigit anjing. Pastu pergi hospital. Yang aku pelik, mamat tu tak samak pulak. Adakah itu sengaja disebabkan masyarakat dalam cerita tu tak berpegang kepada agama atau penulis lupa pasal tu? Perhaps I'll take the first one. Lepas tu mula lah mereka ni tahu yang Malaysia especially kawasan mereka diami ni penuh dengan mayat hidup, sampai yang bro berrambut afro ni tak sedar yang budak budak dalam taman permainan tu bukan kena kejar dek kawan, tapi dek mayat. Tak nak cerita panjang pasal tu. Banyak lagi benda best berlaku dekat belakang belakang cerita ni.

Menurut penulis yang menggambarkan sifat fizikal aweks dalam cerita ni macam cun. Sorang pakai tudung. Sorang free hair. Masing masing jumpa dekat institut. Nak jugak aku tengok cosplay real life awek dua orang ni walaupun ada ilustrasi, tapi tak best. Aku yakin awek awek tu lagi cun dari ilustrasi tersebut. Dang! Pasal yang bro skinny tu aku dapat bayangkan macam mana rupa dia in real life. Seorang yang cool shit.

Cerita pasal character ni ada jugak extra characters yang timbul sewaktu cerita ni dijalankan. It was okay. Tak kan lah nak survive berlima je kan. Sorang dah kena gigit anjing, yang kena gigit anjing tu pulak dah main dengan sorang awek ni. Ternyata disitu dah dua orang dalam cerita ni akan jadi mayat hidup craving for human's meat. Extra characters ni consists of an athlete, nama dia siapa tah Beth tak silap. Ada sorang nigra ni tak reti cakap BM, sorang doktor etc. Which is a very typical characters in order to survive apocalyptic events macam zombie ni lah. Watak yang dimainkan cukup bagus dan sesuai pada characteristics mereka walaupun ia hanyalah fiksyenel. Tapi aku annoyed sangat dengan satu watak ni, watak budak budak. Ada dua orang, tapi aku annoyed dekat sorang ni. Yang India tu. Budak budak kot, dah boleh survive event camtu walaupun camna keadaan, baik ke buruk. Aku tak kata aku jeles tapi macam tak sesuai ha ha! Overall, characterization bagi aku ok je.

Storyline pulak. Apa kata terus pada kesimpulan je. Aku boleh simpulkan di sini, cerita ni agak predictable. Misal kata, aku dapat tahu apa akan terjadi kalau mereka lepak apartment tu lama sangat. Takkan boleh punya hew hew. Plot twist ada lah jugak, si awek ni kena culik apa semua time orang tengah panik. Main flashback chapter ni ke chapter tu, which kinda answered my 'how' and 'why' question throughout the story. Misalnya macam mana couples tu boleh jumpa waktu belajar sama sama dulu. Eh wait, macam mana Azman si Polisman mati ek? Dia mati ke? look_of_disapproval.jpg

Dari segi bahasa pulak, banyak guna bahasa pasar. Macam ada sorang blogger (Malaysian Reader) ni kata, kalau nak baca literature typed language, sila baca A Samad Said lol. Penggunaan bahasa amatlah relax dan cool. Perkataan kasar pun akan terbiasa bila baca buku ni. Aku pernah terkasi adik aku yang baru umur 10 tahun baca buku ni, at first aku tak aware yang buku ni terkandung perkataan perkataan tersebut. Bila habis baca baru rasa macam menyesal nak kasi dia baca. Dapat pulak adik aku tu baca 100 muka surat pertama. Dalam range tu ada scene seks rasa macam awkward jugak bila adik aku baca dulu sebelum aku sampai page tu q_q

Pengajaran yang terkandung dalam cerita ni... in order to survive, you must be cold hearted kot.

Overall aku kasi 6.5/10. Recommended kepada sesiapa yang benci buku cinta melayu tipikal di luar sana.

Nak beli buku ni ada jual dekat sini. RM 22.00 tanpa kos hantar.

Show Comments

Get the latest posts delivered right to your inbox.