Awan

First posted 18/02/2012

awandepanrumah

Nope, ini bukan post pasal Awan Nano. Tapi post ini fasal fenomena ciptaan Tuhan yang sangat conspicuous, spectacular dan salient.

Geografi tingkatan 3 la weyyy...

Yes exactly. Aku buat post ni bukan apa, sebab nak imbau balik apa aku belajar waktu sekolah dulu. Lagipun aku minat sangat tengok awan ni sebab, entah lah, buat aku terkesima selalu lol.

Apa itu awan?

Kepada baby yang baru lahir kat bumi ni, meh aku ajar apa erti awan. Awan ialah kepulan benda putih yang anda lihat kat atas langit bawah atmosfera bumi kita. Kepulan kepulan ni nampak sangat macam asap yang dikeluarkan bila kita bakar something.

Now that kepulan contains water vapour (wap) yang terhasil daripada proses water evaporation dari laut, sungai dan juga apa source air di atas muka bumi ni. Tak lupa juga nafas tumbuh tumbuhan yang segar bugar bogel.

Bagaimana ia terjadi?

Semua disebabkan oleh udara yang lembap. Udara lembap yang berterbangan akan mengalami tekanan yang rendah bila berada di altitud yang tinggi, thus akan membuatkan ia terasa sejuk dan mengembang. Bila udara ni sejuk ia dah boleh membawa sedikit wap air dengannya. Sampai ruangan udara ni menjadi padat akan membentuk droplet air yang kini dipanggil awan. Boleh dikatakan bila masa awan berada di atas langit kita, maka terdapat air yang terbang mengikut udara sejuk tadi. (Note: Air = water, sebab air is water in malay).

That is why kawasan gurun yang kurang air mostly takde awan dan kawasan tropika mostly kerap kali hujan sebab wujudnya source air dan tumbuh tumbuhan. Di sini kita sedar bahawa pentingnya menjaga alam sekitar demi untuk hidup selesa di kawasan sejuk. Also, hujan tu rezeki daripada Allah the Almighty.

howawanworks

Macam mana udara lembap boleh naik atas?

Ada beberapa sebab macam mana udara lembap boleh naik ke atas sampai ke langit. Yes, udara, bukan air. Air naik atas disebabkan oleh proses evaporation -- proses air menjadi wap.

  1. Orographic lifting - terjadi bila udara diangkat ke atas oleh bentuk gunung atau bukit.
  2. Convective lifting - Terjadi bila udara yang panas di atas permukaan bumi naik ke atas dalam bentuk thermal currents atau wap.
  3. Pergerakkan udara sejuk bertentang dengan udara panas lalu mengangkat udara panas ke atas.

Aku belajar hujan datang dari awan kan?

Ya, apa kau belajar tu betul. Jadi, hujan jatuh bila awan dah tak larat nak pegang wap wap air yang terbentuk tadi. Exactly apa yang aku belajar kat sekolah dulu lol.

Well basically, awan terjadi disebabkan air which comes up from the sea and comes down due to rain. Proses ni berulang alik, di mana air yang datang dari laut tadi akan balik ke laut untuk proses evaporation lagi. Jadi ia sebuah proses yang infinite regardless saying that laut akan kering tak lama lagi lol.

Jenis-jenis awan

Satu lagi sebab kenapa aku nak belajar pasal awan ni ialah sebab aku forecast weather lol sebab nak astrophotography kena ada skill dalam ni lolol. Jadi awan ada beberapa jenis dan kategori. Ada 10 jenis basic awan yang ada, tiga kategori lokasi dan ia dinamakan dalam Latin yang mana menggambarkan characteristic awan tersebut.

Nama basic bagi awan:

Altus – high clouds
Cirrus – hair
Cumulus – heaps
Nimbus – rain-bearing
Stratus – layers

Tiga kategori lokasi berdasarkan tinggi awan dari paras surface bumi (taken mercilessly from here):

  • Low (2.5 km)
    • Stratus:
      • low level layer or mass
      • grey
      • uniform base; if ragged
      • Precipitation: drizzle.
    • Stratocumulus:
      • low level layered cloud
      • series of rounded rolls
      • generally white.
      • Precipitation: drizzle.
    • Cumulus:
      • low level
      • individual cells
      • vertical rolls or towers
      • flat base.
      • Precipitation: showers of rain or snow.
    • Nimbostratus:
      • thicker
      • darker and lower based sheet
      • Precipitation: heavier intensity rain or snow.
    • Cumulonimbus:
      • low level
      • very large cauliflower-shaped towers to 16 km high
      • often "anvil tops".
      • Phenomena: thunderstorms, lightning, squalls.
      • Precipitation: showers of rain or snow.
  • Middle (2.5 km - 6 km)
    • Altocumulus:
      • middle level layered cloud
      • rippled elements
      • generally white with some shading.
      • May produce light showers.
    • Altostratus:
      • middle level grey sheet
      • thinner layer allows sun to appear as through ground glass.
      • Precipitation: rain or snow.
  • High (above 6km)
    • Cirrus:
      • high level
      • white tufts or filaments
      • made up of ice crystals.
      • No precipitation.
    • Cirrocumulus:
      • high level
      • small rippled elements
      • ice crystals
      • No precipitation.
    • Cirrostratus:
      • high level
      • transparent sheet or veil
      • halo phenomena
      • ice crystals.
      • No precipitation.

cloudzzz

As you can see, most of low type clouds gives out precipitation, iaitu hujan. Logically true sebab low clouds tend to have high volume of water vapor in it so yeah. Also, cirrus cloud datang sebelum hujan melanda.

Macam mana boleh jadi ice crystal ek?

Most form of ice crystal terbentuk dalam kategori high clouds so, disebabkan condition yang sejuk (tekanan rendah atas tu) water vapor yang membentuk awan tu jadi lah ice. Bila berat nak turun jadi low level cloud, ice crystal tu akan cair serta merta.

How about some ancient alien shits?

You want alien crap, I give you alien crap. Here you go, common cloud phenomena that makes people scared to live in this holy earth.

holepunchcloud

Ini bukan satu fenomena yang boleh membawa akidah seorang moslem pudar. Ini bukan perkara paranormal yang menandakan waktu kiamat sudah tiba LOL. Ini dipanggil hole-punch cloud (aka Fallstreak holes) di mana ice crystals yang terbentuk dalam high level cloud jatuh ke bawah membentuk satu bulatan.

However, ada banyak claims yang mengatakan bagaimana awan sebegini boleh terbentuk. Teori yang laku mengenai hal ini ialah awan Cirrocumulus mengandungi ice crystal dan titisan air yang sejuk. Ini menyebabkan udara sekeliling berkurang which then menarik udara lembap ke tengah dan membentuk satu lubang. Ice crystal yang besar akan jatuh kebawah sebab ianya berat membentuk satu huruf 'V' atau bentuk love lol. Benda ni dipanggil virga. Lol teringat aku kat viagra. Keadaan ni bergantung kepada kestabilan suhu dan environment sekeliling awan tersebut. Sekali kena usik, maka jatuh lah ia.

Moon halo!

Aku ingat lagi waktu aku kat kolej dulu. Aku ingat aku sorang je yang nampak benda ni sebab sebelum ni aku banyak kali dah perasan halo ni. Bila tengok kat Facebook, heboh semua orang suruh tengok bulan sebab ada something berlaku lol. Ada yang kata kiamat la, HAARP la and shits. Tapi bagi aku biasa je lol. Even aku pernah tangkap matahari punya halo lagi waktu siang. Lagi semart.

halomoon

Moon halo ni pun berlaku sebab ice crystal macam tadi. Menurut meteorologist, ice crystal yang terbentuk kat atas langit nun me-reflect dan me-refract cahaya yang diberi oleh bulan atau matahari lalu membuat satu bulatan di sekeliling source cahaya tersebut. It does the same principle as a prism dispersing colors. Halo juga boleh mengeluarkan warna macam pelangi. Yes, sama konsep macam pelangi.

crystalz

Basically these ice crystals di awan cirrus boleh dikatakan sebagai cermin yang memantul cahaya di antara satu sama lain. Dengan angle yang betul apa semua, maka cahaya dipancar akan di reflect ke ice crystals yang banyak kat langit tersebut.

Clearly, there is nothing to be worried about. It was all science bro.


Sssssauce:

Show Comments

Get the latest posts delivered right to your inbox.