First Star Trail Attempt

First posted on 01/02/2012

Apa itu Star Trail?

Ia adalah salah satu teknik fotografi yang menggunakan exposure time yang lama untuk menangkap pergerakan bintang di langit malam.

Okay aku taknak ajar macam mana nak betul betul buat star trail, tapi minggu lepas aku ada try buat dekat luar rumah aku since aku tengok langit malam begitu sunyi tanpa awan tetapi penuh dengan gugusan bintang yang memenuhi langit malam lol. Untung aku duduk kampung, kurang light pollution.

First of all, ini time-lapse untuk star trail yang aku buat:

Aku tahu buruk dan macam taik. Banyak jugak kesalahan aku buat dalam proses pembuatan video ni.
Also, lesson learned:

  1. Cari foreground yang menggambarkan benda statik (dalam video ni hanya satu je benda statik which is kabel telefon in the upper right corner)
  2. Shoot immediately after each shots taken
  3. Use higher focal length. To ensure longer trails in shorter shutter exposure.

Uh, aku rasa tu je kot. Tak boleh fikir apa lagi. Tapi aku rasa banyak salah -.-"

Ini pula star trail nya:

startrail

Image kat atas ni adalah hasil daripada gabungan individual images sebanyak 74 images yang aku tangkap untuk buat time lapse tadi. Lihat, star trails yang sebenar adalah berbentuk satu garis lurus, tapi aku punya dot dot LOL /failed.

Mungkin tu sebab aku tak boleh ada delay 40 sec lepas satu shot di ambil kot... Iunno.

Program yang aku guna untuk stacking image dan buat time lapse ini adalah Startrail.exe.

Oh oh, dan satu lagi. Untuk orang orang yang duduk dekat Malaysia ni, dekat garisan khatulistiwa memang susah nak dapat North Star (bintang Polaris) macam star trail dalam gambar kiri ni. (no image found)

Bintang tengah kat pusat bulatan tu nama dia Polaris ok ye adik adik lol. Kat Malaysia susah nak dapat. Teori aku kalau nak tangkap Polaris kat sini ialah pergi ke pantai timur then tangkap kat pantai. Mungkin boleh nampak kat horizon laut sana.

Just so you know, time-lapse dan star trail ini adalah dua teknik yang berbeza. Macam yang dalam video tu nama dia time lapse, dan yang image tu nama dia star trail.

Expect more soon. Aku nak buat yang serius punya hnnnggghhhh!!1

Lastly, aku malas nak buat entry baru so aku post sini saja. Ni second attempt aku dalam buat time lapse waktu siang (much easier).

Satu video pasal ice melting time lapse, satu lagi awan time lapse.

Ice melting time lapse: http://youtu.be/JL0Rn4xxR9M
Cloud time lapse #2: http://youtu.be/myWOe5Klwek

Show Comments

Get the latest posts delivered right to your inbox.