Space Voyagers

First posted on 29/12/2011

Apa itu Voyager?

Satelit atau probe angkasa yang pada asal misinya untuk study planet yang jauh dari bumi seperti Jupiter, Uranus, Neptune dan Saturn.

Terdiri daripada dua buah probes, Voyager 1 dan Voyager 2.

Dua dua ni dah lepas planet planet tersebut dan sekarang ni dalam misi nak keluar dari solar system kita.

Woo, big deal.

Yeap. It's a big deal for humanity to discover the sikritz of teh universe.

Kat mana mereka sekarang?

Voyager 1:
Sekarang probe ni berada di kawasan utara solar system kita setelah menggunakan tujahan graviti planet Saturn pada 1980. Maksud utara kat sini ialah probe ni ada kat bahagian atas horizontal plane orbit planet dalam solar system. Kini bergerak laju jauh dari matahari dengan kelajuan 1 juta batu sehari. Damn itu sangat laju mate!

Status terkini pasal kedudukan V1 ialah kini ia berada ~119 AU (17 802 162 000 km) dari matahari, bergerak dalam kelajuan 17.1 km/s.

Voyager 2:
Probe ni pulak sekarang ada kat bahagian bawah horizontal plane (aku tak ingat apa istilah ni, ecliptic plane kot) iaitu di bahagian selatan menuju keluar dari sistem suria kita. Kelajuan probe ni agak kurang sikit daripada Voyager 1.

Ia terbang dalam kelajuan 15.5 km/s dan kini berada 97 AU (14 511 006 000 km) dari matahari.

Dengan menggunakan kuasa bateri nuklear, Voyagers ni dapat bertahan dalam jangka masa sekurang kurangnya pada tahun 2020 dan dijangka telah sampai ke interstellar space pada waktu itu.

Kedua dua spacecraft ni telah pun tiba ke satu layer space ni dinamakan Termination Shock (V1 pada December 2004 at 94 AU* dari matahari, V2 pada August 2007 at 76 AU dari matahari) dan dalam perjalanan keluar ke Heliopause dalam masa 10 hingga 20 tahun lagi. Sounds quite amusing right? Tapi cukup ke bekalan tenaga benda ni? Lagi laju lagi cepat la diorang sampai sana.

Apa misi sebenar spacecrafts ni?

Well, selepas puas study pasal planet dalam sistem suria, mereka ni ambil kesempatan dah alang alang jauh tu untuk study benda luar pulaks. Most essential thing yang scientists mahu jawapan ialah untuk kumpul data penting pasal ukuran magnetic fields kat sana, plasmas dan charged particles di tempat yang lain dari kawasan berdekatan bumi. Yep, the more we explore stuff, the more it is we learn to understand this finely created universe, and how it works.

Wait, apa itu Termination Shock?

image1

Biar aku explain sikit tentang gambar ni kejap. Solar system kita ni kalau dilihat dari jauh pun nampak macam sebuat comet (aka Heliosphere). Ada ekor dibelakang dan bergerak ke hadapan membentuk satu sphere. Cuma sistem suria kita ni ada matahari dan planet keliling matahari. Begitulah jugak apa yang nak digambarkan dalam gambar ni.

Atau, cuba bukak paip dan tengok termination shock berlaku bila air yang jatuh tu membentuk satu bulatan. Sorta like this.

image2

Now what is termination shock, seriously?

Basically solar wind yang terjana dari bintang kita, matahari, bergerak perlahan di kawasan ini kerana disebabkan efek dari interstellar wind. Perubahan kelajuan dan interaksi dengan 'angin' di luar menyebabkan compression, pembakaran dan perubahan dalam magnetic field.

Selepas layer Termination shock, jumpa pula layer Heliopause yang aku cakapkan tadi.

Sekarang, apa pulak Heliopause?

Kira macam dinding kepada limit solar wind matahari dengan interstellar medium yang ada kat luar sana. Tekanan untuk kedua dua medium ni dalam keadaan seimbang. Keadaan equilibrium ni menyebabkan solar wind patah balik kebelakang ekor Heliosphere. Lepas Voyagers keluar dari heliopause ni, baru lah mereka sampai di interstellar space.

Though kita tak tahu lagi apa ada kat luar sana. Samada ada parti liar alien minum arak ke, or just empty space. Yang kita dengar angkasa ni kosong tu hanyalah teori yang ada bukti saintifik kukuh. But, oh well. Science!

Okay berapa lama pulak masa dia nak hantar data ke bumi? Gila jauh sial.

Hanya 15 jam. Yep, 15 jam.
How? Pada Januari 2010, V1 berada 10 billion miles dari bumi dan speed data transmit dari sana ke sini mengikut kelajuan cahaya (kerana ia menggunakan radio waves). Jadi, secara hisabnya:

     ((10400000000 miles/186282 miles per second)/60 seconds)/60 hours = ~15.5 hours

Actually, data data ni semua dikawal oleh Deep Space Network (DSN) yang bertanggunjawab dalam misi interstellar deep space ni. Pernah nampak parabola besar dekat negeri barat tak? Yang macam parabola Astro atas bumbung tu, tapi lagi besar gedabak. Tujuannya adalah untuk receive information from satellite lah.

Sending data ni jugak ada constraint tertentu, seperti jenis antenna, sending rate, distance from the Earth dan disturbances and shits. Okay la kot 15 jam. Aku ingat bertahun tahun lol.


*186282 m/s ialah speed of light
*1 Astronomical Unit (AU) = the average orbital distance of Earth from the Sun (149 598 000 km)

Sauce:

Show Comments

Get the latest posts delivered right to your inbox.