Beli Bitcoin Dengan Luno Exchange

Changelog:
Update #1 - 22/11/2017:
- added information about Luno Fees
- an update note about Luno interface changes in About Luno
- added recommended wallet and 2FA app in Securing your Bitcoins


Kandungan:

  1. About Luno
  2. Beware of scammers
  3. Daftar
  4. Beli Bitcoin
  5. Menggunakan wallet address
  6. Menjual dan withdraw ke bank
  7. Trading (Advanced)
  8. Luno Fees
  9. Securing your Bitcoins
  10. Join the group

0. About Luno

Why Luno though? Ada beberapa lagi exchange platform yang support MYR seperti Coinhako, Localbitcoins etc. Aku pilih Luno pasal exchange ni je aku pernah try, lain belum pernah lol. Lagi satu yang neat nya, ada feature exchange yakni acah acah nerd main dengan candlestick chart untuk trading.

Dulu Luno ni dikenali sebagai BitX, sejak bank account depa kena block oleh CIMB, depa tutup kejap trading dekat Malaysia. Syukur, lepas tu baru depa aktif balik lepas beberapa bulan menunggu. Malaysia je affected pasal local bank tak suka Bitcoin hehe jk.

Article ni akan banyak memakai screenshot dari website berbanding app, pasal senang nak screenshot guna desktop. Basically sama je interface website dengan app, so boleh faham dengan mudah kot.

Download Android app Luno Bitcoin Wallet.


Update:
Since Luno dah accept Ethereum dan Bitcoin Cash, interface dia ada kelainan sikit dengan apa yang aku dah screenshot dalam post ni. Tapi mostly sama je, so takde masalah untuk ikut dengan interface yang baru tu.


1. Beware of scammers

Note: Aku letak benda ni paling atas pasal nak bagitahu betapa pentingnya untuk kau tahu kewujudan pencuri dalam internet bila main dengan hal duit.

Kisah Bitcoin dekat Malaysia mengikut observasi aku, mostly tahu dari satu website ni nama dia BitKingdom. Aku pun taktahu lah cemana tetiba Bitcoin jadi mainstream dekat Malaysia ni. Sebelum ni mungkin miners la yang aktif main Bitcoin, rupa nya bila tanya, ramai kata dia tahu pasal website tu. Actually website tu adalah salah satu website skim ponzi yang menggunakan nama Bitcoin untuk menjalankan bisnes depa. BitKingdom menggunakan scheme yang dikenali sebagai MMM (bukan MLM) but still a ponzi scheme tetap ponzi bila dah main piramid tu (walaupun aku tahu BK supporters akan kata "kami takde sistem piramid, kami hanya Provide Help dan Get Help aje! yada yada et cetera").

Biasa lah, fiat currency pun ada juga scam orang buat. Tengok forex scam tu semua. Sama je. Bila dah masuk dunia cryptocurrency ni, istilah scam yang sama digunapakai iaitu:

  1. Ponzi
  2. HYIP (High-yield investment program)
  3. "Sign up now and earn 10% per day" <-- typical scam abadi

Actually, tak kisah lah kau nak invest dekat mana pun. Duit kau, bukan duit aku lol. Tapi elok lah aware dengan benda ni. Even Bitcoin sebagai pure cryptocurrency pun ada yang kata ia adalah agenda illuminati. 🤷

Anyway, kau boleh refer dekat sini untuk tengok list scam site yang berkaitan dengan Bitcoin (and other cryptocurrencies): http://www.badbitcoin.org/

2. Daftar

Register account

Kalau dah 2017 tapi masih tak reti nak register account online, taktau lah aku nak cakap apa, loser kot.

register

  • Masukkan email address
  • Masukkan password
  • Pilih negara (Malaysia in this case)
  • Tekan Sign Up

Iklan:

Sign up guna invite link aku: https://www.luno.com/invite/8VV3D

Tak wajib pun, tapi kalau nak tolong kengkawan tekan je lah hehe

Confirm melalui email

Email confirmation link akan dihantar dekat email yang kau masukkan tadi. Jadi pergi masuk email dan tekan link dalam tu.

confirm_email

Verify account

Lepas dah verify email, masa untuk verify account Luno pulak.

confirm_email

Dalam verify identity ni, kau kena upload dokumen tentang diri kau. Ni adalah satu daripada policy AML/KYC. Tanpa benda ni, depa takleh nak verify siapa kau, pasal kita main dengan duit sebenar.

Jadi sila lah upload gambar depan IC kau. Guna phone camera pun boleh. Janji nampak secara details benda yang tertulis atas IC tu.

Proses ni ambil masa sikit lah untuk di validasi atas sebab ikut office hour.

Verification levels

Account verification ni ada beberapa level untuk kau deposit/withdraw duit:

Level 0: Kau tak allowed langsung untuk buat urusniaga dalam ni selagi account belum verified.
Level 1: Limit withdraw/deposit ialah RM 5,000 (At least upload IC)
Level 2: Limit withdraw/deposit ialah RM 10,000 (At least upload IC)
Level 3: Limit withdraw/deposit ialah RM 300,000 (Tak pasti kena upload dokumen utility bill, bank statement, etc. ke tak, zaman Bitx dulu kena)

Info lebih lanjut, tengok sini.

3. Beli Bitcoin

Fund account

So sekarang kau dah settle semua, pekerja Luno pun dah percaya dekat kau, maka mari lah kita letak duit dalam account kita.

Langkah pertama adalah masukkan duit dalam account.

Protip:
Buka menu tepi dan tekan pada Promotions. Letak promo code ni 8VV3D (referral code aku lol) dan tekan Apply Code.

So kalau ajak member masuk Luno, untuk transaction instant pertama dia RM 250 pertama dia, korang berdua akan dapat RM 5 free. Duit wei, siapa taknak.

referral_code

Kemudian, dalam menu tadi, buka Accounts pula. dalam Accounts ni ada dua kategori account, BTC Account dan MYR Account (Setakat aku menulis ni, BTC je ada. Mana tahu masa depan ada cryptocurrency lain. Hanya Tuhan saja yang tahu).

accounts

So anyway, dekat MYR Account ada dua button iaitu Fund dan Withdraw. Tekan pada Fund untuk masukkan duit dari bank.

Guna Interbank GIRO/IBFT. Basically, ada dua bank primary yang Luno accept yakni CIMB dan Maybank. Boleh tekan All other banks kalau nak deposit dari bank selain tu. Jadi pilih salah satu.

banks

Skrin seterusnya memaparkan tentang berapa banyak kau nak deposit ke account kau. Kata kan lah kau anak dato baru nak berjimak dengan Bitcoin, kau letak RM 1000. So, dah boleh mintak duit dekat papa sekarang lah. Preach sikit pasal Bitcoin, mana tahu dia sangkut en, boleh join trade sesama minum kopi dekat kedai mamak Ali Maju.

deposit

Lepas tekan next, akan keluar skrin Bank Deposit ni. Basically, nak bagitahu deposit details untuk kau deposit dekat account Luno ni.

deposit_details

Gambar atas ni contoh je. Untuk step ni, pergi ke online banking website (eg. Maybank2u, CIMB Click, etc) dan buat transfer duit dekat account number yang diberi. Make sure semua info betul.

Guna code dalam kotak hijau tu sebagai Reference Note. Tulis betul betul, typo sikit maka duit tu masuk account lain (kasi takut ciked).

Bila dah settle semua, simpan resit(!) dan tekan button I have sent the payment dalam skrin tadi. Luno akan notify bila payment dah masuk. Mungkin ambil masa sikit lah, around 2-3 days. Kalau tak masuk masuk boleh lah contact support dia dan bagi resit transfer duit tadi.

Buying your first BTC

Anggap lah duit kau dah masuk dekat MYR Account. Boleh tengok dekat menu Accounts tadi. Untuk tengok details, tekan dekat MYR Account tu. Situ kau boleh tengok transaction history dalam MYR Account kau.

available_balance

So anyway, untuk beli Bitcoin dengan MYR yang telah di fund tadi, pergi ke menu Home. Tekan dekat Buy.

buying

Letakkan seberapa banyak MYR yang hendak di beli. Contohnya kau dah fund RM 1000, dekat atas tu ada tulis Available balance dari MYR Account tadi. Jadi tulis RM 1000 dekat ruang MYR tu. (p/s: aku switch untuk guna Luno Android app interface, pasal dekat web takleh show skrin ni)

buying_bitcoin

Lepas tu tekan dekat button bulat merah dengan arrow atas tu untuk pergi ke skrin seterusnya.

Note dekat bawah tu optional. Sukahati lah nak tulis ke tak. Kalau aku, aku tulis, pasal mudah nak tahu kenapa aku buat transaksi ni.

Tekan lagi button bulat tu untuk masukkan PIN untuk confirmation.

???

Done.

4. Menggunakan wallet address

Note: Step ni mungkin untuk orang yang dah tahu macam mana Bitcoin berfungsi (intermediate).

Kalau kau dah ada Bitcoin dan ingin buat trading dalam Luno, boleh deposit Bitcoin tu ke dalam wallet Luno kau. Secara default, satu wallet address akan di-generate selepas kau dah create account dalam Luno Exchange. Wallet address ni adalah satu alamat untuk kau deposit Bitcoin dari tempat lain. Contohnya, kalau kau ada Bitcoin dalam wallet lain (Xapo, Blockchain etc), kau boleh guna wallet address Luno ni untuk terima Bitcoin dari wallet wallet tersebut.

Wallet address ni berbentuk huruf dan nombor yang sangat merapu. Sebagai contoh: 197iP4SAc4LTPeCNVTnNhBADsmfSjvWTNL (wallet address aku, pls donate :))

Receive dari wallet lain

Pergi ke Home dan tekan Receive. Di sini, ada dua tabs Transactions dan Addresses di mana kau boleh tengok past transaction kau dalam Luno Exchange ni.

Jadi untuk mendeposit Bitcoin dari wallet lain, tekan Addresses. Bawah tu akan keluar listing address. Kalau nak generate baru, tekan Add address.

3_wallet_address

Tekan salah satu daripada wallet address tu, akan keluar details wallet berkenaan.

3.1_wallet_details

Langkah seterusnya adalah untuk send Bitcoin dari wallet lain kepada wallet address ni. Boleh juga guna QR code scanner feature yang ada dalam wallet app berkenaan untuk send Bitcoin.

Proses penerimaan mungkin mengambil masa bergantung kepada fee dan confirmation. Lagi tinggi fee, lagi cepat confirmed.

Send ke wallet lain

Pergi ke Home tadi, dan tekan Send. Ini kalau kes sesiapa yang takut Luno Exchange ni tiba tiba down or kena hack, boleh lah hantar ke wallet personal memasing. Sila lihat section 6 post ni untuk tips securing your Bitcoin.

3.2_sending_bitcoin

Skrin yang terpapar ialah beberapa details yang kau kena isi. Yang ada * tu adalah wajib. Isikan alamat destinasi, amount penghantaran dan reference note (optional).

Kena ambil note juga, kata nya large amounts may not be processed instantaneously. Pasal security reasons, amount yang melebihi 10 BTC akan di proses secara manual oleh pekerja Luno. Boleh tengok dekat sini untuk schedule penghantaran.

5. Menjual dan withdraw ke bank

Proses ni adalah untuk kau convert BTC ke MYR sebelum kau nak withdraw ke bank. Step sebelum ni kita dah cover pembelian (MYR ke BTC) dan sekarang ni untuk tukar BTC ke MYR pulak. Also, aku akan cover cara nak withdraw ke dalam bank.

Menjual BTC ke MYR

4.1_selling_screen

Pergi ke Home dan tekan More akan keluar option action yang boleh di buat dalam Luno ni. Pilih Sell Bitcoin.

4.2_selling_details

Akan keluar skrin ni di mana kau kena letak berapa nilai Bitcoin yang kau nak jual untuk di convertkan kepada MYR. Dalam contoh atas ni, aku nak convert 0.01 BTC. Sistem akan calculate based on market rate per BTC dan kau boleh tengok dekat row You are getting: tu berapa banyak RM kau dapat kalau jual waktu tu.

Yang progress bar warna biru tu adalah timer. Button Sell tu akan disable bila timer tu habis. Ni untuk tujuan confirmation kau untuk menjual pada rate waktu tu, pasal rate BTC kan tak tentu. Mana tahu masa kau tekan Sell tu tetiba harga turun ke. Sempat la nak ubah fikiran.

Selepas dah sold Bitcoin tadi, nilai MYR akan dimasukkan dalam account MYR. Boleh tengok balance dekat Accounts bawah MYR Account panel. Duit MYR ni boleh digunakan untuk withdraw ke bank atau beli balik Bitcoin bila dah murah.

Withdraw ke bank

Pergi balik ke Home dan tekan More. Kali ni pilih Withdraw money pulak.

4.3_withdrawing

Withdraw punya page akan keluar. Straightforward lah, malas aku nak cerita dalam ni. Basically, pilih bank yang kau nak transfer duit tu, masukkan amount dan tekan Withdraw.

Berapa lama duit tu nak masuk bank, kau tanya? Baca sini, jangan jadi malas.

6. Trading (Advanced)

Topik ni agak heavy untuk aku cover dalam satu post. Mungkin in the future aku akan buat post lain, ni sebagai introductory je. Lagipun aku tak expert pun dalam trading ni. Tapi aku share juga lah pengalaman aku main trade dalam Luno app.

A simple idea untuk trading ni adalah jual mahal, beli murah atau kata orang putih nya buy low, sell high. Jadi, bila masuk dalam candlestick chart, kita nak tengok bila masa harga murah dan bila masa harga mahal dalam timeline tu. Dari situ kita boleh predict harga selepas saat ini, berapa nilai nya. Ada beberapa perkara kena tengok juga selain candlestick chart, iaitu indicator. Kalau siapa terror baca indicator ni, dia memang dah expert lah. Indicator yang aku selalu pakai ialah RSI dan MACD. Indicator ni sebenarnya di generate dari mathematical equation berdasarkan nilai dan volume trading (dan sebagainya). Selepas itu ia di unjurkan dalam bentuk line graph.

Bila dah main matematik, mesti lah ada maksud setiap curve kan. So RSI dan MACD ni basically nak kata, bila waktu ia oversold dan overbought. Dari situ kita boleh tahu bila sesuatu market dah bubble dan akan meletup bila bila masa. Btw, benda ni dipanggil sebagai Technical Analysis (TA) iaitu analysis secara teknikal terhadap sesebuah market. Fundamental Analysis (FA) pulak adalah analisis background terhadap sesebuah market.

Dalam Luno, kita boleh main benda ni dalam Exchange. Pergi ke app atau website, dan pilih Exchange. Akan nampak paparan macam ni.

exchange_luno

  • Order Book memaparkan volume orang menjual (merah) dan membeli (hijau) dalam bentuk dua column table. Boleh tengok berapa banyak total amount orang membeli dan menjual untuk sesebuah harga (secara kolektif).
  • Trades sama je dengan Order Book cuma ia tunjuk waktu paling last trade dibuat.
  • My Orders adalah history order/trade yang kau dah buat dalam exchange ni.

exchange_luno_candlestick

Kalau kau tekan icon macam kilat kat atas tu, kau akan dibawa ke skrin yang atas ni. Ini lah dia nama dia candlestick chart, yang orang main saham selalu tengok tu. Ada caranya untuk baca benda ni. Setiap inci dan lidi lidi tu ada maksudnya.

Reading resources

Kalau nak belajar sikit sikit pasal TA boleh baca ebook ni, mudah dan ringkas. Ebook ni ceritakan pasal beberapa jenis candlestick dan indicator yang wujud dalam dunia ni. Walaupun ia ditujukan oleh stock market traders, ia juga boleh di apply dalam crypto market.

Also, kalau nak article trading yang berkaitan dengan Bitcoin, boleh baca article Medium ni yang sangat membantu aku untuk faham the nature of crypto market.

Ebook ni pulak menceritakan pasal whale theory, di mana seorang whale membuat pump and dump dalam sesebuah stock market untuk menakutkan ikan ikan kecil yang sedang seronok bermain trading, which I find very interesting to read.

Trading exchanges

Selain Luno, ada juga platform lain untuk main trading boleh tengok kat sini. Personally, aku selalu pakai Poloniex & Bittrex pasal dia support banyak cryptocurrency dan takde fiat currency, which means aku boleh deposit BTC aku dan straight trade dalam tu.

Untuk Android app pula, aku pakai TabTrader. Boleh integrate dengan Poloniex dan trade straight dari phone di dalam traffic jam. Fuck yeah!

7. Luno Fees

Fee yang dikenakan dalam Luno dah di explain kat sini.

tl;dr

  • Instant buy/sell ada fee
  • Buy/sell dalam exchange guna maker-taker model.
  • Send/receive fee guna email/phone no adalah free
  • Send/receive fee guna address dikenakan caj
  • Withdrawal fee ke bank account kena 10 sen
  • Deposit fee adalah free

Untuk keterangan lebih lanjut pasal maker-taker, rujuk kat sini, mudah nak faham dengan ada gambar and stuff.

Untuk Send to Bitcoin Address, fee adalah dynamic mengikut network. Explanation yang detail tentang ni boleh rujuk di sini. Kalau fee tinggi tu jangan complain la pasal network fee untuk transaction bitcoin sekarang ni memang tinggi pasal dah ramai guna and network agak congested. Aku ada sembang tentang hal scaling bitcoin dalam post sebelum ni dalam section Scalability. Itu pasal kita ada SegWit upgrade tempohari untuk kurang kan fee. Tapi belum ramai client yang pakai benda ni lagi.

Protip untuk yang nak buat trading di platform exchange lain:

Untuk nak buat withdrawal dari Luno BTC wallet ke wallet exchange (Bittrex, Poloniex, etc), fee nya agak mahal. Jadi, cara nak kasi murah sikit ialah tukar BTC ke ETH (since Luno dah accept ETH pairing), then hantar ETH tersebut ke wallet ETH exchange tersebut, then either tukar balik ETH tu kepada BTC (dengan membeli BTC) atau beli terus altcoin dengan guna ETH tu. At least, ETH transaction fee masih murah.

  1. Dari Luno, convert BTC -> ETH (fee imposed yet to be confirmed)
  2. Dari Luno, send ETH -> exchange wallet, eg. Bittrex (Yay, fee murah!)
  3. Dari Bittrex, do whatever you want with it

8. Securing your Bitcoins

Enable 2-Factor Authentication (2FA)

Aku sarankan sangat untuk enable kan benda ni dalam apa apa jenis app yang sensitive. Luno boleh enable kan 2FA dalam Settings page. Kena pakai Google Authenticator atau Authy (recommended) untuk enable kan setting ni.

Fungsi dia, setiap kali kau nak login ke account Luno, kau kena bagi sebuah pin yang di generate dari app authenticator ni. So, ada satu lagi layer selepas email dan password.

Keep BTC in personal wallet

Ada banyak wallet app dekat luar sana kau boleh cuba. Mostly orang pakai adalah Jaxx (available dalam desktop), Xapo untuk Android app, Blockchain wallet, Electrum, Multibit atau Samourai (recommended). iOS kau Google sendiri.

Ikut step 4 kat atas tu untuk send/receive Bitcoin dari wallet.

Backup private keys/phrase

Untuk meningkatkan lagi daya tahan pegangan Bitcoin dalam tangan kau, kena lah buat backup fizikal. Ada dua feature backup yang mostly wallet app sediakan iaitu backup private key dan recovery phrase.

  1. Private key ni boleh generate sekali je iaitu masa proses generate wallet. Jadi kalau hilang atau dicuri maka pencuri berkenaan boleh akses wallet kau guna apa apa jenis wallet Bitcoin yang ada atas muka bumi ni. Serius. Private key boleh di print dalam bentuk QR atau pergi sini untuk dapatkan idea printing benda ni dalam bentuk physical. Disarankan untuk print, sebab mana tahu kau hilang file dia dalam komputer ke, ada backup fizikal.

  2. Recovery phrase pulak adalah phrase yang di generate oleh wallet app kalau kau terlupa password untuk akses. Benda ni pun boleh kau tulis dalam kertas sebab ia merangkumi english words je. So, in case password terlupa dan ada backup fizikal yang kau tulis dalam kertas, boleh recover balik wallet berkenaan.

Kena ingat, simpan private key file dalam Dropbox atau mana mana cloud service adalah tidak digalakkan. Hacking is imminent dekat those kind of places.

Yes, nak secure digital currency is that hard :)

Hardware wallet

Nak lagi hardcore physical backup? Guna hardware wallet macam Trezor ni. Aku tak pernah pakai benda ni, tapi orang kata senang nak mampus dan secure as fuck. Ia berfungsi macam pendrive di mana kau cucuk wallet ni dari USB port dan komputer akan sync kan wallet kau (kot). Tapi cool as fuck lah siapa pakai benda ni. Siapa kaya boleh la belanja aku :^)

9. Join the group

Dekat Malaysia ada beberapa group berkaitan dengan Bitcoin engkorang boleh join. Either nak bertanya soalan, bertukar pendapat, nak shitpost, etc. Actually, tak banyak pun. Aku tahu cuma tahu dua ni je.

  1. https://www.facebook.com/BTCMalaysia/
  2. BTC Malaysia Telegram Group (for Unverified User)
  3. List of Bitcoin Resources

Terima kasih kerana membaca dan support melalui PM. Really appreciate it. Apa apa masalah dengan post ni roger aku. Dah mengantuk ni.

Aiman Baharum

More about this blog https://github.com/aimanbaharum/random-wiki/wiki

Kuala Lumpur, Malaysia http://www.aimanbaharum.com

Subscribe to Knowledge Log

Get the latest posts delivered right to your inbox.

or subscribe via RSS with Feedly!