A Diary of an Altcoin Trader

t. a shitcoin trader.

1. Setup exchange account

Ada banyak crypto exchange yang wujud, ni antara yang aku selalu pakai:

  1. Poloniex - http://poloniex.com/
  2. Bittrex - http://bittrex.com/
  3. Binance - http://binance.com/
  4. Luno - http://luno.com/
  5. EtherDelta (sejenis decentralized exchange) - http://etherdelta.com/

Kenapa nak banyak? Kenapa tak pakai satu je?

Sebab lain exchange, ada lain altcoin yang boleh kita trade. Contoh nya Poloniex takde ARN/BTC, tapi Binance ada.

Apa tu decentralized exchange (DEX)?

Exchange yang tiada central server yang pegang crypto coin kau. EtherDelta (ED) exchange ni salah satu nya. Dalam exchange ni, kau boleh trade apa apa ERC20 token tapi mind you, UI/UX dia teruk gila. Siapa yang jari gemuk tersilap tekan keyboard, mampos terjual dengan harga murah or terbeli harga tinggi.

Selain ED, WAVES platform pun ada exchange dia sendiri, dan hanya token yang dicipta oleh WAVES platform je boleh di trade dalam tu.

2. Send BTC/ETH ke exchange

Bila dah ada account, make sure enable 2FA okay. It's the most important security measure bila buat apa apa account dalam internet nowadays. Enable kan je semua security settings yang wujud supaya selamat dari ancaman penggodam.

Bila semua dah selesai, boleh dah transfer kan bajet permulaan untuk trade dalam exchange tersebut. Aku biasanya akan send BTC atau ETH untuk start trading. Why? Sebab most exchange ada market pairing untuk coin tersebut. Tapi boleh je kalau nak send coin lain.

Also, kena make sure receiving address tu betul dan tiada cacat cela (typo). Also lagi, double check samada coin yang nak di hantar tu sama dengan apa yang diterima dekat exchange tu. Pasal ada satu kes, orang nak send ERC20 token, tapi terhantar ke Ethereum address. Money gone.

Video ni tunjuk cemana nak hantar Bitcoin ke Binance exchange:

3. Start trading

Bila dah ada modal nak trade dalam exchange, boleh dah start beli apa apa altcoin yang ada dalam exchange tu.

Rule of the game: Buy low, sell high.

Good luck!

Tapi Aiman, tunjuk la contoh sikit

Tengok je video kat Youtube banyak. Aku suggest keyword macam "How to buy DGB on Bittrex".

Most (all) exchanges bagi mechanism yang sama untuk trading; buy, sell, stop-limit, order books, chart, technical analysis tools, indicator. Maka senang nak main banyak banyak exchange. Sekali belajar je boleh pakai dekat exchange lain.

4. Cashing out

Ada dua cara nak cashout ke fiat

  1. via exchange

    Biasanya dekat Malaysia, Luno paling popular kalau nak cashout to MYR. Sejak bank account diorang kena beku dengan bank Malaysia atas sebab cukai, maka proses withdrawal terhenti. Ramai yang tak dapat cashout profit mereka.

  2. via OTC

    Bagi yang nak cashout terus ke fiat, jual dekat orang secara personal adalah cara paling senang. Macam beli barang online, kau jual, dia beli dengan duit. Ada group group dalam Telegram yang buat servis ni. Even ada escrow service lagi (which is safer). The risk is kena game dengan orang. So hati hati bila buat OTC dengan orang yang tak dikenali. Hanya masuk group yang verified legit.

  3. via ATM

    Dekat Ipoh ada Bitcoin ATM nama dia PinkExchange ke apa, tak ingat. Tak pernah try lagi.

Trading on-the-go dengan TabTrader

Benda paling convenient dalam crypto trading ialah bila ada apps. Most of the time memang aku pakai TabTrader app dekat Android. Most popular crypto exchange ada dalam ni; Bittrex, Poloniex, Binance, Coinbase etc. So istilah "melabur" dalam toilet tu dah boleh gunapakai dengan selesa bila orang tanya "kau pergi mana tadi?".

Tabtrader screenshot

Feature yang ada dalam app ni termasuk technical analysis chart, alerts, dan yang paling penting multiple exchange integration. Binance ada app dia sendiri btw. Tapi bagi aku pakai satu cukup lah.

Install CMC

CoinMarketCap sangat berguna sebagai panduan research kita dalam cryptocurrency. CMC app ni aku pakai untuk tengok rank terkini market capitalization cryptocurrency. UI dia cantik af.

cmc screenshot

Dat Consolas font tho.

Track portfolio crypto dengan Blockfolio

Aku personally suka lagi pakai Blockfolio daripada Delta walaupun Delta UI dia cun gila babs, tapi Blockfolio ni aku dah biasa guna kot and aku pakai pun untuk tengok total holdings je. Profit/loss pembelian aku jarang tengok. Bila dah pakai benda ni, setiap hari duk refresh. Even dalam office masa kerja pun.

Satu benda yang belum convenient pasal app app ni ialah kena input jual/beli secara manual. Setahu aku takde lagi direct API integration dari exchange untuk Delta. Update: Delta dah ada API integration. So, kalau jenis daytrader ni kena la bukak selalu, letak manually berapa nilai belian apa semua.

Selain apps ni, beberapa lagi portfolio tracker yang boleh diguna, ada yang berbayar dan ada yang free, siap API integration dengan exchange:

  1. Coin-Folio - https://coin-folio.com/
  2. CoinGecko - https://www.coingecko.com/buzz?locale=en
  3. CoinCap - https://coincap.io/
  4. Lionshare - https://lionshare.capital/
  5. Cryptofolio - http://cryptofolio.info/
  6. CoinFYI - http://coin.fyi/
  7. CryptoCompare - https://www.cryptocompare.com/portfolio/
  8. CoinTracking - https://cointracking.info/
  9. Altpocket - https://altpocket.io/

Source

PnD groups dan legit crypto groups

Bila dah main cryptocurrency ni, tak sah kalau tak kenal pump and dump group dekat Discord atau Telegram. Mereka mereka ni lah yang buat kau semua kaya raya, kalau tahu cara main dengan diorang ni.

Dalam crypto ni ada dua group of people yang wujud dalam Telegram.

  1. Yang nak main pump and dump (pnd)

    Group of people yang nak profit cepat. Biasanya group/channel ada berpuluh ribu members. Admin group/channel tersebut akan isytiharkan coin apa yang akan pump 10 minit lagi, then bila dia sebut je, semua orang dalam group tu akan beli, thus making the candlestick terpacak hijau ke bulan untuk beberapa minit. Sampai je target sell, yang dah beli murah tu semua akan dump apa yang dia ada, making the candlestick jatuh menjunam ke bumi.

    Ada juga paid group. Group ni nak masuk kena bayar, paling murah aku pernah dengar ialah 0.0025 btc untuk subscribe sebulan. Orang orang dalam paid group ni adalah orang pertama yang akan tahu coin apa yang akan di pump sebelum admin bagitahu dekat channel dia yang dah beratus ribu member tu.

  2. Yang nak bincang pasal coin, technically, fundamentally atau offtopic

    Group of people yang join untuk discuss perkara ilmiah tentang sesuatu projek crypto. Sebagai contoh, kau adalah investor besar NEM project, maka kau join lah group NEM::Red ni.

Selain tu, follow jugak orang orang crypto dalam Twitter sebab diorang ni selalu sembang pasal cryptocurrency dan post meme meme bodoh. List ni termasuk founder project dan investor.

DYOR

Sebelum kau beli kereta kena lah research dulu kan kereta apa nak beli. Sama dengan cryptocurrency dan gadis yang kau nak nikah. Sebelum pape kau buat la due diligence. Ada banyak article dan video dekat Youtube yang menerangkan cemana nak research pasal sesebuah projek. Untuk yang dah aware pasal potensi teknologi Blockchain ni senang sikit nak faham. Bagi yang taktau apa benda Blockchain tu eloklah kau mula baca dengan tu dulu.

Ada orang beli shitcoin sebab tengok harga murah bawah 1 sen. Pastu hype dekat Twitter lagi, FOMO teruk. Sekali FUD keluar, tersontot tak sudah.

Bagi aku ada dua benda boleh tengok bila nak research, secara fundamental dan technical. Note that list dekat bawah ni apa yang aku dapat fikir je waktu ni. Baca artikel yang lagi berkualiti kat luar sana untuk analisis lagi mendalam.

Fundamental competency:

  1. Project description - Use case dan application
  2. Adakah dia sebuah platform atau hanya ICO token
  3. Community engagement - Conference, meetup etc
  4. Roadmap - Boleh tahan lama tak projek ni
  5. Project team competency - Ada scammer tak dalam projek ni
  6. Decentralized atau centralized - Ripple centralized so it is a red flag although ia murah
  7. Politik dalaman - Bitcoin (BTC) dan Bitcoin Cash (BCH) politik kuat antara Bitcoin Core dan Roger Ver. Pilih mana yang jujur dan ikhlas nak majukan teknologi Blokchain :)

Technical competency:

  1. Adakah code dia open source?
  2. Development - Github repo activity
  3. Berapa TPS Blockchain dia boleh handle?
  4. Language apa ia dibina? - different language, different bug
  5. Bandingan antara technology project X dan project Y
  6. Hack proof?
  7. Consensus algorithm yang digunakan
  8. Wallet usable or not - kalau tak usable baik takyah pakai. Contoh: IOTA

Semua benda benda ni boleh tengok dekat official website, Telegram group, Bitcointalk forum, CoinMarketCap, atau artikel dari Medium, CoinTelegraph dan sewaktu dengannya. Dan yang paling penting, baca whitepaper projek tu dan judge all you want. Think long term invesment.

I'm also embedding this tweet for starters:

HODL

Dalam cryptocurrency, market terlalu extremely volatile. Ada masa dia jatuh teruk, ada masa dia naik gila. Jenis yang suka tengok chart setiap hari ni selalu sakit hati rasa nak bunuh diri bila tengok market merah. Macam apa terjadi beberapa hari lepas dan sebelum sebelum ni. Market bergantung solely dengan news yang keluar. FUD tetap ada di mana mana. Sejak cryptocurrency jadi mainstream ni, memang gains gila babi pasal new money dah start masuk dan government regulation dah mula digunapakai. Yang new money ni pulak semua noob tak reti nak hodl. Nampak je merah, mesti nak panic sell. Pastu dah rugi nak cakap Bitcoin ni scam lah apa lah. Pergi mampos la orang camni. /endrant

Tapi kalau kita tengok trend market cap cryptocurrency dalam 1Y, ia menaik. Jadi safest kalau beli dan hold. Nak jual tu sukahati lah kalau dah dapat untung atau nak cashout terus. Aku sarankan hold la beberapa coin yang berpotensi berguna pada masa hadapan. Sebab benda ni belum sampai tahap matang lagi (dari dulu argument yang sama).

Bagi aku technology adoption tu penting. Bitcoin dalam hal ni dah banyak orang pakai, tapi masalahnya fee dia tinggi as fuck. Ada je solution dia macam SegWit soft fork yang berlaku bulan Aug 2017 dan Lightning Network untuk micropayments (pay coffee using bitcoin, yay). Baru baru ni ada satu block lebih 1 MB telah di mine dalam bitcoin blockchain, which is a very good news. What does that mean for bitcoin? More confirmed transactions in the block, less fees, faster transaction confirmation. Dengan sokongan penuh SegWit, bitcoin blocks mampu capai sehingga 4 MB per block.

Tu baru cerita Bitcoin, belum altcoin lain yang ada feature yang lagi advanced dari tu.

Adakah kita dalam bubble?

Buih buih sabun ni selalu aku dengar dekat berita. Lagi lagi bila makcik sendiri dah start suruh aku jual semua Bitcoin pasal muh bubble akan meletup. Jawapan dia entahlah. Prepare je lah. Tapi aku bullish teruk dalam cryptocurrency scene ni. Dah banyak kali orang cakap "bitcoin is dead". Elok je lagi. Well, mungkin aku letak expectation tinggi but I trust development rather than speculation. Long live the Blockchain, and other derivative technologies yang akan timbul nanti (!)

tl;dr

bitcoin is dead

Show Comments

Get the latest posts delivered right to your inbox.